>

NAK TAHU RAHSIANYA

Sunday, March 18, 2012

PERISTIWA MENARIK HARI INI

Setiap yang berlaku saban hari meninggalkan kesan sejarah ataupun peristiwa kepada seseorang. Peristiwa-peristiwa inilah yang akan di imbas kembali bila kita terkenang masa lampau. untu post kali ini apa yang berlaku di kuantan adalah.....

Pameran MAPEX 16-18 MAC 2012 dan antaranya adalah


Projek PASDEC Damansara

Friday, March 9, 2012

LANGKAH MEMULAKAN PERNIAGAAN INTERNET




DOMAIN NAMA

Dengan adanya domain name sendiri, anda tiada sekatan untuk membina seberapa laman blog yang anda suka (pastinya dengan nama yang berbeza). Selain itu, anda juga boleh menyediakan perkhidmatan blog percuma kepada pelanggan anda. Traffic anda akan meningkat.
Kelebihan yang lain tentulah anda boleh membina laman web anda dengan domain name pilihan anda. Menjual produk dengan menjadi reseller, menyertai program affiliate dan sebagainya.
Anda juga boleh menyediakan perkhidmatan Membership Site dengan mengenakan bayaran bulanan kepada ahli (mesti ada produk/perkhidmatan percuma untuk diberi kepada ahli). Jadi sumber pendapatan anda akan datang dari pelbagai cabang. Terpulanglah sekreatif mana anda untuk menjana duit di internet.
Selain itu, anda juga dengan mudah dapat menjana trafik ke laman web/blog anda. Bagaimanakah caranya? Mudah saja. Anda sediakan perkhidmatan percuma kepada pengunjung atau pelawat laman blog/web anda. Antara perkhidmatan yang anda boleh beri ialah ruang Forum, Chatting, Dating,Laman Video, games atau software percuma.
Dengan menawarkan perkhidmatan percuma seperti ini, ramai pengguna internet yang akan pergi ke laman web/blog anda semata-mata kerana ingin menggunakan perkhidmatan ini dan secara tidak langsung akan meningkatkan trafik untuk laman web/blog anda.
Dalam jangka masa panjang laman web/blog yang mempunyai trafik yang tinggi adalah sangat menguntungkan. Apa tidaknya, apabila laman web/blog anda dikunjungi ramai dan mendapat ranking tertinggi di search engine, anda bukan sahaja boleh menjual produk melalui program affiliate, tetapi menjual ruang iklan kepada pengiklan.
Pada ketika ini anda tidak perlu lagi bekerja keras. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah membuat maintenance dan sedikit upgrading kepada laman web/blog anda.
Dan percayalah ketika itu anda tidak perlu lagi mencari pelawat dan pelanggan tetapi mereka yang akan datang sendiri ke laman web/blog anda.
Adakah anda memerlukan sebuah website untuk memulakan bisnes di internet? Ya. Secara serius ingin saya katakan bahawa anda memang memerlukan sebuah website anda sendiri jika anda bercadang untuk menjalankan bisnes secara online.
Mungkin anda pernah mendengar atau membaca cerita tentang kejayaan orang lain menjana duit di internet dengan mempromosikan produk orang lain tanpa website. Jika anda mungkin ingin mencubanya, lupakan saja terutamanya jika anda perlu membeli produk atau perkhidmatan mereka. Apa yang mereka janjikan kepada anda tidak mungkin akan tercapai, lebih-lebih lagi jika anda baru berjinak-jinak dengan peluang menjana duit di internet.
Perkara sebenar yang perlu anda lakukan ialah memiliki sebuah website atau blog untuk mula menjana duit secara online. Anda mungkin boleh bermula dengan website atau blog percuma* tetapi ingin saya nyatakan bahawa bisnes anda akan berkembang dengan lebih cepat jika anda menggunakan website dengan nama domain dan hosting sendiri. Pada masa kini ada banyak syarikat tempatan yang menyediakan perkhidmatan untuk domain nama dan webhosting*. Harganya berpatutan dan anda tidak perlu risau untuk menggunakan kad kredit kerana anda boleh bank in duit kepada syarikat tempatan  ini.
Tanpa website sendiri, anda tentu akan berhadapan dengan masalah berikut secara online:
1. Membina list/ senarai pelanggan anda.
2. Menjual produk affiliate. (pelanggan akan anggap sebagai produk anda sendiri)
3. Menjual produk/perkhidmatan anda sendiri.
4. Menghantar produk anda sendiri. (terutamanya produk digital)
5. Menjadikan anda sebagai seorang pakar.
6. Membina kepercayaan pelanggan.
Dengan adanya sebuah website sendiri, anda boleh menjana duit dari pelbagai sumber selain daripada menjual produk anda sendiri. Antaranya ialah menjual ruang iklan, mengiklan produk orang lain, memasang iklan syarikat gergasi seperti Google, Yahoo, Amazon, Clickbank, Ebay dan banyak lagi.

INFO Irfan Khairi

iklan

PEMBEKAL/ PEMBORONG PAKAIAN KANAK-KANAK

For Sale, Clothing in Malaysia, Negeri Sembilan, Seremban. Date September 23

Clothing in Seremban

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...