>

NAK TAHU RAHSIANYA

Sunday, February 5, 2012

GUNTING RAMBUT

Gunting Rambut Mampu Pakai Kereta Mewah!
Kekangan yang paling utama bagi orang yang baru hendak memulakan perniagaan ialah modal. Ramai di kalangan usahawan yang selalu membuat kertas kerja untuk projek bernilai ratusan ribu ringgit seperti projek ternakan kambing, lembu, udang harimau, kontrak pembinaan dan sebagainya. Dahsyat apabila melihat kertas kerja mereka.

Walaubagaimanapun, idea tersebut susah hendak dilaksanakan kerana pelbagai faktor seperti tidak cukup ilmu, modal permulaan yang tinggi, tidak cukup bagus dalam pemasaran dan banyak lagi.

Bagi saya, biarlah sesuatu idea itu tidak menggunakan terlalu banyak modal pada peringkat awal. Idea yang hendak saya kemukakan ini bukanlah sesuatu yang baru. Dah ramai orang buat tetapi di kalangan Bumiputera tersangat kurang. Kedai Gunting Rambut. Setiap bulan saya potong rambut. Kadang-kadang dua kali sebulan. Itu belum ambil kira lagi anak-anak saya.

Potensi kedai gunting rambut sangat besar terutamanya di kawasan yang mempunyai populasi penduduk yang tinggi. Namun, kebanyakan kedai gunting rambut dimonopoli oleh mereka yang berketurunan India. Orang Melayu kalau ada yang jadi tukang gunting rambut pun sudah berumur, yang muda tidak berminat.

Tapi saya nak bagi tahu anda bahawa menjadi tukang gunting adalah satu pekerjaan yang tidak memerlukan modal yang besar malahan pendapatan pun terjamin. Sewaktu di sekolah dahulu, saya tinggal di asrama dan menjadi tukang gunting kepada rakan-rakan saya yang lain kerana saya mempunyai bakat menggunting rambut.

Pada saya bukannya susah sangat, tengok orang lain gunting rambut, kita tiru sikit dan ubahsuai sedikit, dah boleh gunting. Walaubagaimanapun, saya bermurah hati dengan tidak mengenakan sebarang bayaran kepada kawan-kawan.

Dengan hanya berbekalkan kepada modal yang kecil, anda sudah boleh memulakan perniagaan kedai gunting rambut. Jom kita kira bagaimana potensi kedai gunting ini. Kadar bayaran gunting rambut berbeza-beza mengikut kawasan. Saya tinggal di Melaka dan kadar bayarannya tidaklah mahal, baru RM7.00 termasuk cukur. Kalau kanak-kanak RM5.00. Katalah masa yang digunakan untuk potong rambut mengambil masa 15 minit seorang. 1 jam sudah boleh potong rambut untuk 4 orang. Katalah anda buka kedai dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam iaitu selama 12 jam. Dalam 1 hari, anda boleh potong rambut untuk seramai 48 orang. Pendapatan sehari yang boleh diperolehi ialah sebanyak RM336.00. Kalau sebulan sudah boleh dapat RM10,080.00. WOW .... Banyak tu! Kalah gaji pengurus besar.

Tapi itu baru pendapatan maksimum yang boleh diperolehi dalam sebulan. Belum lagi tolak kadar sewa ruang, air, elektrik dan lain-lain. Buat permulaan, pelanggan pun masih kurang. Jadi, tetapkanlah sasaran yang agak munasabah untuk dicapai.

Idea ini timbul kerana saya melihat terlalu kurang Bumiputera yang menyertai bidang ini, walhal pendapatan yang boleh diperolehi adalah lumayan. Sebab itulah kaum bukan Bumiputera menyambar peluang ini dengan membuka kedai salon. Saya percaya, dengan strategi yang betul, kaum Bumiputera juga mampu memanfaatkan peluang yang ada asalkan sanggup membuang rasa malu dan yakin pada diri sendiri. Fikir-fikir ....

CETUSAN DARI http://mybijakwang.blogspot.com

HAIWAN YANG CUTE


iklan

PEMBEKAL/ PEMBORONG PAKAIAN KANAK-KANAK

For Sale, Clothing in Malaysia, Negeri Sembilan, Seremban. Date September 23

Clothing in Seremban

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...