>

NAK TAHU RAHSIANYA

Tuesday, March 15, 2011

Tsunami di Jepun : Radiasi loji Jepun terlepas ke atmosfera menyebabkan barah?

VIENNA: Jepun sudah memberitahu badan pemantauan nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa bahan radioaktif terlepas “secara terus” ke atmosfera daripada tapak reaktor nuklear yang terjejas akibat gempa bumi dan ia sudah memandam kebakaran di kolam penyimpanan sisa bahan api di situ.

Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), merujuk maklumat yang diterima daripada pihak berkuasa Jepun pada 0350 GMT, menyatakan kadar dos sehingga 400 milisievert sejam dilaporkan di loji tenaga nuklear Fukushima.
Ia tidak menyatakan butiran atau perbandingan tahap radiasi tetapi menurut Persatuan Nuklear Sedunia, pendedahan terhadap dos melebihi 100 milisievert setahun adalah tahap yang boleh menyebabkan barah.

“Pihak berkuasa Jepun menyatakan terdapat kemungkinan bahawa kebakaran itu disebabkan letupan hidrogen,” menurut IAEA dalam satu kenyataan hari ini. – Reuters /Bharian.com.my



No comments:

iklan

PEMBEKAL/ PEMBORONG PAKAIAN KANAK-KANAK

For Sale, Clothing in Malaysia, Negeri Sembilan, Seremban. Date September 23

Clothing in Seremban

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...