>

NAK TAHU RAHSIANYA

Sunday, March 27, 2011

iPad medium terbaru

KUALA LUMPUR: “Pasti saya akan menggunakan iPad sebagai medium terbaru untuk membaca berita menarik Harian Metro (HM),” kata pembaca setia akhbar nombor satu itu, Nurul Arina Salim, 25, ketika ditemui di Karnival dan Konsert Terima Kasih HM sempena meraikan ulang tahun ke 20 akhbar ini, di sini.

Semalam, HM melancarkan saluran pembaca terbaru dan terkini menerusi iPad sekali gus menjadi pelopor pertama akhbar bahasa Malaysia menggunakan teknologi berkenaan.
Serentak itu, pembaca boleh mengakses berita terpilih daripada akhbar HM pada hari sama.

Menurut Arina, sebelum ini dia mendapatkan akhbar HM namun dengan pelancaran itu, lebih menjimatkan masa serta lebih memudahkan.
“Saya yakin HM akan lebih berkembang dan sentiasa menjadi yang pertama, malah ia terbukti dengan pelancaran iPad ini.
“Bagi individu yang mengikuti perkembangan berita menerusi HM dan mempunyai iPad pasti tidak melepaskan peluang menggunakan perkhidmatan ini secara percuma,” katanya.

Sementara itu, pengunjung, Roslina Halusran, 29, juga mengakui kelebihan HM apabila pelancaran iPad diperkenalkan kepada pembaca.
Katanya, bagi pemilik iPad yang juga pembaca setia HM pasti tidak perlu lagi keluar untuk mendapatkan naskhah akhbar dan ia boleh diakses setiap masa.

Sementara itu, pengunjung, Roslina Halusran, 29, juga mengakui kelebihan HM apabila pelancaran iPad diperkenalkan kepada pembaca.
Katanya, bagi pemilik iPad yang juga pembaca setia HM pasti tidak perlu lagi keluar untuk mendapatkan naskhah akhbar dan ia boleh diakses setiap masa.

Menurutnya, kepekaan HM mengikuti perkembangan semasa termasuk teknologi menunjukkan akhbar ini sentiasa berusaha meningkatkan dan menarik perhatian pembaca.

sumber harian metro

No comments:

iklan

PEMBEKAL/ PEMBORONG PAKAIAN KANAK-KANAK

For Sale, Clothing in Malaysia, Negeri Sembilan, Seremban. Date September 23

Clothing in Seremban

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...