>

NAK TAHU RAHSIANYA

Friday, May 20, 2011

TIPS

Tips On Effective English Lerning

Dibawah ini memberikan tips untuk mempertingkatkan mutu bahasa inggeris:

Isnin - Membaca Buku teks- 45 minit
Selasa - Membaca Buku cerita atau majalah - 45 minit
Rabu - Tatabahasa/ kamus- 45 minit
Khamis -Membina ayat - 45 minit
Jumaat - Ulangkaji -45 minit
Sabtu - Buku cerita atau majalah - satu jam
Ahad- Ulangkaji dan kamus - satu jam

Bagi saya bukan sekadar bahasa inggeris sahaja ia sesuai untuk bahasa yang lain2nya. selamat mencuba

BELI RUMAH MAMPU BAYAR
(Sumber harian metro)

ADA yang keliru membeli rumah sebagai keperluan atau untuk memenuhi impian. Maka, tidak hairan sekiranya ada yang sanggup mengikat perut membeli kediaman berharga RM300,000 walaupun tempoh bekerja tidak sampai lima tahun, sedangkan banyak rumah yang ditawarkan di pasaran bersesuaian dengan kadar pendapatan si pembeli.

Ikuti temu bual wartawan Bisnes Metro, Syarifah Dayana Syed Bakri dengan Ketua Pegawai Eksekutif, Hijrah Wealth Management Sdn Bhd, Mahdzir Md Isa, mengenai panduan sebelum membuat keputusan membeli rumah bagi mereka yang pertama kali bercadang memiliki kediaman sendiri.


>> APAKAH perkara utama yang harus difikirkan sebelum membuat keputusan untuk memiliki kediaman?

Perkara utama yang harus difikirkan sebelum membuat keputusan memiliki kediaman sendiri adalah melihat kemampuan kewangan. Ini kerana tidak semua individu yang bekerja dan mempunyai pendapatan tetap mampu membayar ansuran bulanan bagi kediaman mahal atau mewah.

Untuk memudahkan perancangan, kita perlu membuat pengiraan dengan menolak semua perbelanjaan termasuk hutang, simpanan dan pelaburan. Baki yang tinggal digelar sebagai lebihan dan ia menjadi penanda aras untuk menentukan rumah jenis apa yang harus dibeli. Perkara ini penting kerana ia akan menentukan hala tuju kewangan kita berikutan ia akan menjadikan pemilik rumah dapat mengawal dan merancang perbelanjaan dengan lebih bijak.

Sekiranya individu itu mempunyai lebihan sekitar RM500 sebulan, adakah dia perlu membeli kediaman yang memerlukannya membayar jumlah sama kepada bank?
Faktor pemilihan yang harus diambil kira adalah lokasi dan jumlah lebihan RM500 itu mungkin cukup sekiranya rumah itu berada pada lokasi setara.

Ada lokasi perumahan yang menyediakan kediaman jenis semi-D dengan harga kurang RM250,000 dan ada juga lokasi yang menetapkan harga sehingga RM700,000 untuk rumah jenis sama.

Maka, kita perlu memilih lokasi yang bertepatan dengan kemampuan kewangan dan sekiranya bayaran bulanan sebanyak RM500 itu hanya sesuai untuk kediaman jenis apartmen atau flat, maka ia adalah pemilihan yang bertepatan.


>> Bagaimana pula jika bakal pembeli rumah mahu memiliki kediaman jenis semi-D berbanding apartmen atau flat dan memikirkan lebih baik membeli rumah yang agak mahal berbanding menyewa bertahun-tahun?

Ada pihak berpendapat bahawa lebih baik membeli rumah walaupun perbelanjaan bulanan mungkin tidak cukup berbanding menyewa bertahun-tahun. Pendapat itu mungkin tidak berapa benar kerana dengan menyewa, individu itu masih mampu menyimpan bagi membuat pembayaran pendahuluan lebih tinggi walaupun dia terpaksa menyewa hampir 10 tahun.

Pembeli harus memikirkan juga mengenai simpanan untuk kecemasan, insurans, pendidikan anak-anak atau perbelanjaan bulanan dan tidak seharusnya membelanjakan gaji yang ada hanya untuk membuat pembayaran ansuran rumah saja.


>> Apa pula perkara yang harus diambil kira sebelum membuat keputusan membeli rumah?

Banyak pihak hanya menyediakan wang pendahuluan 10 peratus daripada harga rumah, namun tanpa disedari jumlah wang yang diperlukan adalah lebih banyak daripada itu kerana ia merangkumi kos guaman serta surat perjanjian jual beli. Maka, untuk lebih selamat, bakal pembeli perlu menyediakan wang sebanyak 15 peratus daripada harga rumah bagi mengelakkan kesesakan di kemudian hari.

Selain itu, antara tips yang boleh digunakan adalah bayar wang pendahuluan setinggi yang boleh supaya boleh memohon pinjaman bank serendah yang boleh serta tetapkan tempoh pembayaran sesingkat yang boleh antara 15 hingga 20 tahun.

Walaupun ada bank yang menawarkan pinjaman sehingga dua generasi kita pasti tidak mahu mewariskan hutang kepada anak-anak.


>> Apa nasihat untuk mereka yang pertama kali membeli rumah?

Apa yang penting adalah kita perlu bezakan antara keperluan dan keinginan. Apa yang diperlukan adalah rumah untuk dijadikan tempat tinggal sekeluarga. Apa yang diidamkan adalah rumah mewah dua tingkat lot tepi.

Namun, sebagai permulaan, sekiranya keadaan kewangan belum mengizinkan kita memiliki rumah mewah dua tingkat lot tepi, langkah terbaik adalah mendapatkan kediaman selesa mengikut kemampuan.


ehemmmm amacam..leh la tu...

No comments:

iklan

PEMBEKAL/ PEMBORONG PAKAIAN KANAK-KANAK

For Sale, Clothing in Malaysia, Negeri Sembilan, Seremban. Date September 23

Clothing in Seremban

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...