>

NAK TAHU RAHSIANYA

Sunday, March 27, 2011

iPad medium terbaru

KUALA LUMPUR: “Pasti saya akan menggunakan iPad sebagai medium terbaru untuk membaca berita menarik Harian Metro (HM),” kata pembaca setia akhbar nombor satu itu, Nurul Arina Salim, 25, ketika ditemui di Karnival dan Konsert Terima Kasih HM sempena meraikan ulang tahun ke 20 akhbar ini, di sini.

Semalam, HM melancarkan saluran pembaca terbaru dan terkini menerusi iPad sekali gus menjadi pelopor pertama akhbar bahasa Malaysia menggunakan teknologi berkenaan.
Serentak itu, pembaca boleh mengakses berita terpilih daripada akhbar HM pada hari sama.

Menurut Arina, sebelum ini dia mendapatkan akhbar HM namun dengan pelancaran itu, lebih menjimatkan masa serta lebih memudahkan.
“Saya yakin HM akan lebih berkembang dan sentiasa menjadi yang pertama, malah ia terbukti dengan pelancaran iPad ini.
“Bagi individu yang mengikuti perkembangan berita menerusi HM dan mempunyai iPad pasti tidak melepaskan peluang menggunakan perkhidmatan ini secara percuma,” katanya.

Sementara itu, pengunjung, Roslina Halusran, 29, juga mengakui kelebihan HM apabila pelancaran iPad diperkenalkan kepada pembaca.
Katanya, bagi pemilik iPad yang juga pembaca setia HM pasti tidak perlu lagi keluar untuk mendapatkan naskhah akhbar dan ia boleh diakses setiap masa.

Sementara itu, pengunjung, Roslina Halusran, 29, juga mengakui kelebihan HM apabila pelancaran iPad diperkenalkan kepada pembaca.
Katanya, bagi pemilik iPad yang juga pembaca setia HM pasti tidak perlu lagi keluar untuk mendapatkan naskhah akhbar dan ia boleh diakses setiap masa.

Menurutnya, kepekaan HM mengikuti perkembangan semasa termasuk teknologi menunjukkan akhbar ini sentiasa berusaha meningkatkan dan menarik perhatian pembaca.

sumber harian metro

Sunday, March 20, 2011

CUTI2 MALAYSIA


Bila sebut cuti..semua org suka, ada masanya kita perlukan rehat setelah penat bekerja. itu sebabbya ada curi rehat. ialah mana x nyer. kerja sampai bila un x habis. nak juga spend masa cuti2 bersama keluarga. apa yang penting nak cuti kena ada plan la.supaya cuti yg akan diambiltu leh di menafaatkan. ialah setiap org ada cara masing2.. huh

Tuesday, March 15, 2011

Tsunami di Jepun : Radiasi loji Jepun terlepas ke atmosfera menyebabkan barah?

VIENNA: Jepun sudah memberitahu badan pemantauan nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa bahan radioaktif terlepas “secara terus” ke atmosfera daripada tapak reaktor nuklear yang terjejas akibat gempa bumi dan ia sudah memandam kebakaran di kolam penyimpanan sisa bahan api di situ.

Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), merujuk maklumat yang diterima daripada pihak berkuasa Jepun pada 0350 GMT, menyatakan kadar dos sehingga 400 milisievert sejam dilaporkan di loji tenaga nuklear Fukushima.
Ia tidak menyatakan butiran atau perbandingan tahap radiasi tetapi menurut Persatuan Nuklear Sedunia, pendedahan terhadap dos melebihi 100 milisievert setahun adalah tahap yang boleh menyebabkan barah.

“Pihak berkuasa Jepun menyatakan terdapat kemungkinan bahawa kebakaran itu disebabkan letupan hidrogen,” menurut IAEA dalam satu kenyataan hari ini. – Reuters /Bharian.com.my



iklan

PEMBEKAL/ PEMBORONG PAKAIAN KANAK-KANAK

For Sale, Clothing in Malaysia, Negeri Sembilan, Seremban. Date September 23

Clothing in Seremban

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...